Jumaat, 25 Disember 2015

Abang-Abang Vapor

Semalam (24Dis 2015),aku,H, Aril dan Jen (sepupu aku yang tomboy yang aku pernah mention pasal dia dalam artikel ni  ) pergi satu kedai buku terpakai dekat Bandar Baru Bangi.Nama kedai tu ialah Kedai Buku Bacalah.Apa yang ada dekat kedai tu? Adakah aku terjumpa abang-abang hisap vape yang sado mado dan hensem ala-ala Sharul Ridzuan?...hehe mana ada.Sebenarnya kita orang datang sini pun sebab si Aril dengan H ni yang sibuk ajak sebab dorang nak cari stok buku baru yang murah-murah.H dengan Aril ni memang ulat buku ang semua genre buku dorang baca.
sekadar gambar hiasan

Kita orang decide nak pergi kedai ni pun sebab, buku-buku dekat kedai ni sangat murah dari harga serendah RM5 sebab kebanyakan buku-buku dekat kedai ni adalah buku-buku terpakai so owner kedai ni juallahl separuh harga.So apalagi memang borong sakan lah si H dengan Aril ni sebab bukan selalu kita orang dapat datang sini.Tapi korang mesti pelikkan apa kena mengena tajuk entri ni dengan kedai buku tu.Sabar ni baru mukadimah…
Ini adalah gambar dari luar keadai tu

Lepas je selesai dekat kedai buku tu kita orang pon pusing-pusinglah sekitar Bandar Baru Bangi untuk mencari mana-mana restoren yang memikat hati bagi mengisis perut yang dah mula bergendang lagu black metal ni…haha
kalau dah berjerebu macam ni sape je tahan

At last,kita orang pun decide nak makan dekat satu restoren ni.Tak ada yang menarik pun dekat restoren ni apa yang aku nak cerita ialah gelagat abang-abang vapor yang dok hisap vape tak ingat dunia sampai berjerebu aku rasa satu restoren tu dengan asap vape.At first tu memang aku buat bodoh jelah walaupun abang-abang tu duduk belakang meja kita orang tapi bila ada sorang ni dok asyik hembus asap vape kea rah meja kita orang, apalgi kita orang yang malas nak cari gaduh ni pon pergilah pindah ke meja lain.Mesti korang cakap ‘Eleh poyo lah kau ni.Asap vape kan wangi.Relakslah’

Memanglah wangi tapi kalau dah bercampur aduk macam-macam perisa,daripada bau wangi terus jadi macam bau loji tahu tak.Lagipun tak semua orang suka dengan bau vape yang ‘konon wangi’ tu.Aku tak kisah dorang nak ber’vape’ bagai tapi respect lah customer lain especially yang ada anak kecil or baby.Pastu kita orang namapak abang vapor sorang ni tadi dok hembus budak waiter yang datang letak makanan dekat meja dorang.Terbatuk-batuk waiter tu.Adoooaaaii…..Jen dah bangun nak pergi maki tapi nasib baik H sempat tarik tangan dia suruh duduk balik.

Then tetiba si Aril ni pun bukak lah satu cerita pasal budak-budak vapor yang tak reti respect orang ni.Cerita ni berlaku dekat open house family dia time raya hari tu( haha aku tak pergi sebab malas).Then adalah dua orang member abang dia ni selamba badak atok moyang dia dok hisap vape dalam rumah.Fuhh sana,fuhh sini.Time tu dahlah tengah sesak dengan orang ramai,ada budak-budak,baby.Disebabkan geram dia bagi tahu abang dia.Apalagi abang dia teruslah sound member dia tu.


Aku tulis entri ni sekadar nak meluahkan pendapat.Mungkin aka nada yang cakap aku ni kolot,tak open minded lah,apalah.Aku tahu vape tengah  trend sekarang and aku tak kisah sangat pon sebenarnya sebab korang beli vape tu dengan duit korang sendiri tapi respectlah orang sekeliling.Janganlah hisap vape tu dekat tempat awam dan tempat yang ramai orang.Ok that’s all….Btw selamat menyambut maulidur rasul

2 ulasan:

Unknown berkata...

Ko mesti xsmoke kan?

Blast MV berkata...

haha...aku memang tak smoke sebab family aku memang tak ada yang smoke...